BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, December 5, 2010

pengalaman

sudah lama aku tidak menaip untuk entry blog ini, aku ada cerita, tapi tak tahu bagaimana mahu terangkan dalam bentuk tulisan, ialah setiap kata yang disampaikan melalui percakapan tidak sama dengan penyampaian melalui penulisan, mungkin nanti ada yang tidak memahami apa yang patut difahami, apa yang didengar tidak sama dengan apa yang dilihat, jadi bagaimana bisa aku terangkan setiap yang terjadi?

masa yang diperuntukkan tidak mampu untuk atasai yang terjadi, semua sudah ketentuan ilahi, mungkin cara kita fikir setelah berlaku sesuatu perkara itu memberi kita sedikit sebanyak kesedaran dan cara untuk selesaikan masalah, kerana kita tidak berfikir secara rasional mungkin.

kita fikir, kita tak mahu cederakan hati sesiapa disekelilingi kita, tapi pada zahirnya kita telah melukai mereka, kita tidak nampak akan titik halus yang melingkari perbuatan kita, jadinya kita buta akannya.

dalam masanya sama kita juga turut merasa dengan apa yang kita lakukan, ya memang kita kerana itu perbuatan kita, itu suara bagi mereka yang mampu hadapinya, bagaimana pula dengan mereka yang lokek dengan apa yang mereka ada? mereka yang tak bersedia untuk hadapi akibat?

itu persoalannya, adakah mereka mampu untuk tangani? atau mereka akan terus berlari menidakkan apa yang terjadi? aku juga begitu, fikiran yang tidak matang bisa jejaskan semua kerana tidak fikir akan akibatnya, bila satu tapak kehadapan telah menapak, sikit demi sedikit kian terasa akan bahang akibatnya yang membuat aku membuka mata baik buruknya.

apa yang terjadi telah pun terjadi, apa yang pergi dibiarkan pergi,kerana kita tak bisa memutar balik masa dan perkara yang terjadi. apa yang kita bisa lakukan? apa yang aku mampu hanyalah berdoa agar aku mampu tangani serta hadapi semua yang bakal terjadi.

pengalaman membuat kita fikir akan yang terjadi, aku tahu ia amat pert, aku takut hadapinya, aku takut akan impaknya yang bakal mengecilkan perasaan aku. kerana aku tidak kuat, aku kurang yakin yang aku bisa buat apa yang tidak orang lain sangkalkan, yakin pada diri NAJAT NABILAH, engkau mampu membuat sesuatu.

0 comments: