BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, December 5, 2010

hancur

harapan yang kita taburkan pada mereka pada waktu itu adalah benar, kerana kita dekat dengan mereka, kita percaya kita akan lakukannya, namun bila kita berjauhan lain pula, mungkin awal-awal kita suka teruja akannya, namun bila ini terjadi, kita berpaling tadah. kenapa? aku juga tak mengerti, namun aku bukan sengaja, aku bukan sesiapa, mungkin aku sedih akan keseorangan.

kerana aku jauh, dan engkau pun jauh dari aku, maaflah sebab aku berbuat keputusan begitu, aku tidak berniat untuk lukakan hati kau, tapi aku tak dapat tipu diri aku sendiri, aku mahu sendiri, aku mahu masa, kerana aku tidak selalu dapat bersama.

aku tahu engkau percaya akan aku, tapi kenapa engkau tidak mahu bagi peluang untuk aku? aku cuba pujuk, aku cuba terangkan melalui mesej nampaknya aku sudah terpesong dari memberitahu akan benda yang sebenarnya dan membuat engkau salah faham akan ini semua.

aku tidak pandai menyusun kata dalam penulisan spontan, aku cuba memberitahu melalui ekspresi percakapanku, namun engkau tidak lansung membenarkan aku berbuat begitu. aku tahu aku telah pun hancurkan harapan bahagiamu, aku betul-betul hancurnya kasihmu, maafkan aku. aku tidak berniat sebegitu.

tolonglah. aku ingin bebas dari rasa bersalah. aku tak kuat kalau begini caranya.

0 comments: