BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 10, 2010

apakah?

hi there! hope for something that is not really coming to?

perasaan kadang kali berubah mengikut aliran, yakin atau tidak juga jadi taruhan perasaan, sigh**
hati kian bertanya apakah benar segala tindakan yang dilakukan? apakah yang ada sekarang ini mampu jamin kenyataan yang bakal mendatang? apa betul? betulkah?

lalu persoalan demi persoalan timbul. keliru dengan keadaan.

cuba muhasabah diri, cuba berfikiran positif tapi tak semudah yang disangka, fikiran tidak stabil, lalu otak menjadi celaru,jiwa kian resah, terdiam, terkaku disebalik semua ini, mulut bagaikan terkunci, ingin bicara apa yang perlu dilakukan, tapi menduga apakah reaksi sekeliling selepas melakukan tindakan, lalu kembali terdiam,memencilkan diri.

salah tetap dianggap salah, itu pasti. penafian bisa berlaku, tetapi mata juga perasaan tidak bisa ditipu. ah! apakah yang sedang dikarutkan ini? tidak paham, lain pula jadinya. celaru keliru mendatang, penulisan jadi tidak sempurna.

menulis bahagian diri sendiri kadangnya mudah, kadangnya sukar untuk memahami, sukar rasanya bila fikiran jauh melayang memikirkan masalah yang berlaku, ia tiada kaitan dengan pelajaran, tetapi masalah berkenaan perasaan,dan keadaan.

masih ada jalan keluar bukan?

kembali mengecilkan perasaan, memerah fikiran,

0 comments: