BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, May 5, 2011

hari yang serba serbi jadinya.

assalamualaikum hai korang gudnite haha

aku nak cerita harini aku keluar dating. dating mula-mula dekat rumah boyfriend aku. dia dengan baru bangun tidor lepas aku call dia hampir 25 miscall. aku dah tercegat depan rumah dia hampir 15 minit nak tunggu dia buka pintu. adoi, serabainya dia ye? dengan rambut panjang, muka pon sembam, dengan tak mandinya,

lepastuh aku masuk jumpa mak dia, jumpa adik perempuan dia, semua baru bangun tidor, yelah dah semua berjaga malam kan? haha macam-macam. tapi takpa diorang tetap sambut kedatangan aku. :) walaupun masing-masing tengah penat.

sementara tunggu buah hati aku yang tengah mandi selama setengah jam lamanya. (lama mengalahkan anak dara mandi) =.=" penat jugak aku tunggu dia mandi sampai la mak dia terlewat pergi kerja. kesian makcik.
boyfriend siapalah tu kan? (eley najat buat-buat tak tahu pulak lempang kang?)

anyway lepas da dating kat rumah pergilah kitorang dengan mak dia ke kedai makan untuk sarapan, then da habis sarapan kitorang pun mintak diri dulu dari makcik nak ke Jaya jusco Ipoh, pergi bershopping sekejap, satu baju untuk dia satu baju untuk aku, then beli buku novel "Diary of a wimpy kid" dekat Popular sebab tak jumpa dekat Mph bookstore.

after that kitorang pon bergerak pergi nak beli tiket wayang dekat Tgv Jaya jusco,lepas tu da siap beli tiket Fast and Furious 5, kitorang pon pergi la lepak dekat Sushi king, makan salmon teriyaki, tori karage, dengan kanamaki kama. dengan air pepsi satu tin.  masa inilah satu pesanan ringkas yang mengejutkan diterima oleh boyfriend aku ini.

aku pun yang terfikir " siapa pulak yang mesej you ni yunk?" then aku pon buka mesej dia, terkejut jugak aku membaca, kemudian aku pon pass bagi dia,

" azam,mickey,arip,adam,whosein, pijoi,acap,ikhwan, najib,
azraai masuk wad kecemasan, dia sesak nafas..."


lepas dapat mesej tu terus boyfriend aku jadi satu macam, sebab azraai tu abang kandung dia of course la dia terperanjat, tengah seronok-seronok makan dengan aku, tetiba dikejutkan dengan situasi macam ni. kalau aku bukan ada talian darah pon terkejut inikan adik dia. terus dia call kawan yang masa tu ada dengan abang dia tak dapat, dia call lagi, baru dapat. situasi pon bermula.

dia yang tengah stress, risau, entah apa lagi yang dia rasa aku pon tak tahu, tapi yang pasti dia memang tak okey. dia call kawan dia, kawan dia pon call dia, akhir sekali aku pon ikut dia pergi ke hospital yang menempatkan abang azraai ni.jumpa di wad kecemasan. jumpa kawan-kawan dia dalam masa yang sama. aku pon risau sebab dia menangis lepas tahu berita dari doktor yang periksa abang azraai. kata doktor yang lebih kurang macam ginilah.

" kandungan garam dalam darah abang awak tinggi dan menyebabkan dia sesak nafas dan boleh membawa maut jika makin tinggi kandungannya"

dia yang menangis dari tadi terus terusan menangis, aku pon yang diam disisi hanya mampu mengucapkan kata sabar dan istighfar agar dia kuat untuk berita itu dan berharap abang dia tidak jadi apa apa. alhamdulillah dia kembali tenang. :) aku senyum disamping dia.

tiket wayang yang kitorang beli RM26.00 nampaknya "burn" begitu sahaja ya kawan-kawan. -.-
aku rasa sedih jugak sebab tak dapat tengok filem tuh, tapi takpa demi kesihatan family dia aku terima saja. redha saja tapi walaupun membazir duit itu, kitorang bersyukur sebab abang dia tidak apa-apa dan keluar dari hospital petang itu jugak. alhamdulillah :)

masa dalam perjalanan ke medan selera menaiki teksi, aku dan boyfriend kemalangan di "round about" dekat anderson. aku yang duduk dibelakang bersama dia,terlajak ke depan. muka aku ini, terhentak di kerusi tempat duduk hadapan, terkejut aku pada waktu tu. hampir menangis, teksi yang kitorang naik bumpernya relai terjatuh diatas jalan, kasihan pulak uncle driver teksi ni, nasib baik lah tak jadi apa-apa pada aku serta dia, cuma aku saja yang sakit dimuka. merah sudah. tapi akhirnya sampai jugak ditempat yang dijanjikan. medan selera greentown utama.

kitorang jumpa abang azraai,dengan adam yang sedang makan. kitorang pon lepak sekali.
bersembang pasal hal yang terjadi hari ini.

boyfriend aku cakap dekat abang dia


" yunk, tunjuk sikit apa pengorbanan kita pada abang."

aku pon tunjuklah tiket wayang yang masih elok lagi. tak dikoyak pon tiketnya.abang dia hanya gelak saja. dia minta maaf, tapi kami terima :) kemudian aku pon balik setelah di jemput abang serta kakak ipar aku. :)

jadi hari ini aku bukan dating di tempat yang dijanjikan, aku dating dekat HOSPITAL. hahha. kauorang pernah lalui situasi macam ini? tak kan? haha. aku pon baru pertama kali. siap accident lagi. alhamdulillah masih hidup. syukran Allah.

p/s: hati hati semasa memandu dan jagalah kesihatan anda.

0 comments: