BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, April 21, 2011

aku kurus!

assalamualaikum, hoy hoy!

okay kau orang tahu kan aku nie kurus kan? tadi masa aku tengah isi borang SPA8, ada satu soalan ni tanya berapa ketinggian aku dalam meter, masa aku tengah pening-pening fikir benda nie, aku pon ambil jalan alternatif guna google browser, tetiba keluar option "kira BMI", so aku klik, walaupun takda kaitan, haha. kau orang mesti pening kan dengan entry sebab aku pon tengah pening! haha. okay aku just buat entry ni sebab nak kongsi dengan kau orang tentang aku ni.



















KHAS UNTUK SI KURUS (dipetik dari blog kesihatan yea tapi aku punya badan takdalah macam dalam gambar ini harap maklum)

3 Cara Berkesan Naikkan Berat Badan
Meskipun masalah kesihatan utama yang dihadapi penduduk Malaysia adalah obesiti, namun terdapat juga segelintir individu yang mempunyai impian untuk menambahkan berat badan. Individu yang dimaksudkan ini adalah mereka yang seringkali digelar sebagai “kurus kering”, “keding” dan sebagainya.
Dalam satu kajian yang dibuat oleh WebMD, individu yang mempunyai berat badan yang kurang normal, akan mengalami masalah seperti berikut:
  • Mudah jatuh sakit.
  • Mempunyai masalah hormon.
  • Osteoporosis.
Menurut satu sumber yang didapati di Amerika Syarikat, terdapat beberapa faktor utama kenapa golongan si kurus ini mengalami masalah berat badan. Antaranya adalah:
  • Tekanan dalam hidup.
  • Masalah pemakanan.
  • Kadar metabolisme yang tinggi.
  • Keturunan.
Ini jelas menunjukkan betapa pentingnya untuk kita mengetahui cara yang terbaik, bagi menghindari masalah ini. Langkah pertama yang boleh kita lakukan, adalah berjumpa dengan doktor pakar bagi mengetahui kadar BMI (Body Mass Index).

BMI adalah kiraan tinggi dan berat badan, bagi mengetahui kadar lemak dalam badan kita. Setiap individu mempunyai BMI yang berbeza, bergantung pada umur dan jantina mereka. Menurut pakar kesihatan, kadar BMI yang ideal berada dalam sekitar 20 dan 25.
Jika kurang daripada angka ini, maka kita dikategorikan sebagai individu yang mempunyai masalah berat badan yang tidak ideal, atau lebih dikenali sebagai ‘kurus kering’.
Bagi yang menghadapi situasi ini, terdapat 3 cara untuk menaikkan berat badan dengan berkesan. Antaranya adalah:

Mempunyai jadual makan yang konsisten dapat membantu kita untuk meningkatkan berat badan. Kita juga tidak disarankan untuk tidak mengambil sarapan pagi dan makan tengahari. Ini kerana kedua-dua waktu ini adalah waktu untuk menambahkan kembali tenaga kita, untuk melakukan kerja harian.
Menurut Marcia Pope, penulis Yahoo! Associated Content, kita perlu mengelakkan diri daripada mengambil makanan segera, seperti McDonalds, KFC dan juga snek-snek. Kedua-dua jenis makanan ini adalahmakanan yang tidak sihat, untuk tubuh badan kita.

Mengikut kajian pakar kesihatan True Fitness, berat badan kita akan mudah naik, jika kita meningkatkan pengambilan makanan yang mempunyai kalori yang tinggi. Bagi golongan remaja dan ke atas, pengambilan kalori yang ideal adalah sekitar 2,000 hingga 2,200 setiap hari.

Pengambilan kacang seperti walnut, pecans dan almonds dapat membantu untuk meningkatkan berat badan kita. Ini kerana kajian Global Healing Center mendapati, jumlah lemak monounsaturated adalah baik untuk badan kita.
Bagi kalian yang menghadapi masalah kurang selesa dengan berat badan akibat faktor kurus kering, maka saya harap entri ini sedikit sebanyak dapat membantu. Perkara yang paling diutamakan adalah konsistensi kita, dalam mengambil makanan yang sihat dan mempunyai jumlah kalori yang ideal.
Kita juga harus elakkan daripada mengambil makanan yang membahayakan tubuh badan kita, seperti KFC dan McDonalds. Pendapat orang tentang makanan seperti ini dapat membantu meningkatkan berat badan, adalah tidak benar.
Kredit: Jake H
then ini la jawapannya.


1 comments:

pinkcOkOlat said...

hye.. baru follow blog awk.. hee.. jenjalan sni n terbaca post tntg ni..aiyaa sy pon kurus kering lahh.. blh jdik geng ni..haha nway..jenjalan page sy jugak ea.. :)