memang aku tak kecoh cuma korang kalau hisap pun kan "PLEASE CONSIDER" sikit bagi mereka- mereka yang tak suka akan bau asap rokok ni.
korang nak hisap kat celah mana pon aku tak kesah tapi JANGANLAH HISAP ROKOK DEKAT DENGAN AKU dan pastikan yang korang takda buat penyakit terhadap sistem pernafasan orang lain. asap rokok tuh bukan macam angin kipas, asap rokok tuh banyak gile bahan kimia yang boleh merosakkan organ dalaman manusia.

based on cerita rokok punya asap ni aku ada la nak story sikit, macam ni ceritanya-ada seorang kawan aku ni. masa tu tengah sibuk dengan kerja final project, one day lepas presentation siang tuh, dia pengsan sesak nafas. then pergi Hospital Sg. Buloh, bila doktor check then tanya dekat dia " awak merokok ke?" huh soalan tu keluar dari mulut doktor sendiri, then kawan aku cakaplah " takdalah saya tak merokok" kawan aku ni memang tak merokok, mungkin sebab dia tak cukup tidur then lepak dengan kawan-kawan yang merokok, so she fell down.
kesimpulannya dekat sini, orang yang merokok kesannya tak dapat dijangka lagi, tapi bagi mereka yang berada disekeliling perokok mudah mendapat kesan, macam aku, asap rokok buat aku migrain dan gatal-gatal muka. So pada mereka yang sayang organ-organ dalaman mereka, sila silalah berhenti merokok, KatakaN Tidak pada Rokok. Ingatlah orang yang tersayang. Insyaallah Anda mampu mengubahnya( cewahh macam iklan Tv)
p/s: pada kawan-kawan aku yang merokok then faham situasi aku ni, dia memang bagus, sebab dia tahu aku tak suka bau rokok, so they decide to keep me away from the smoke. dorang hisap memang jauh dari aku. thanks KAWAN.
0 comments:
Post a Comment