BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 24, 2011

cer cerita cer cerita

aku rasa tahun 2011 ni, memang nasib aku kena kacaulah dengan manusia-manusia yang aku tak kenal. **SIGH  

  1. masa dalam latihan motor JPJ ; kena kacau dek orang india yang tengah memandu lori, ini dia main kedip mata dekat aku yang tengah tunggang motor.
  2. masa dalam latihan motor JPJ ; kena kacau dek sekumpulan remaja india yang tengah duduk dekat laluan kon, diorang ini cakap dekat aku yang tengah tunggang motor " Aka, awak cantiklah." dalam hati aku bermonoloq" ceit! aku tengah bawak motor time ni la nak kacau. ish takut pulak"
  3. masa dekat kedai photo printing dekat Pusat Pelajar ; ada mamat foreigner ni, dia nak buat business kad, kakak kedai tu malas nak buat business kad, so dia cakap takda buat. lepas tu, aku saja la tegur dia tanya dia " kenapa u tak buat dekat kedai luar?" then dia balas " ala kedai kat luar susah la, tapi kalau you mahu ikut, takpala " dam thing! aku terus diam sampai sudah. then masa aku tengah makan nasi lemak dengan Shark dekat kedai Bendang, terjumpa lagi foreigner yang aku tegur tadi tu dalam hati(aduh ada lagi dia ni ish) then dia panggil aku main bunyi-bunyi, aku buat tak tahu jer, tapi dalam masa tu dia cakap " saya belanja okay?" aku menggelengkan kepala tanda tak mahu. dok lepas tuh aku dengan shark nak pergila bayar, tapi makcik tuh cakap"Pakistan tu da bayar da" Shark tanya lagi" Dia bayar untuk seorang ke dua orang makcik?" makcik tu cakap" dua- dua" **SIGH aku mengeluh bercampur seram sejuk, ish bahaya ni, aku da cakap jangan bayar dia bayar jugak, ish. Shark apa lagi membahan aku la lepas tu, suka dia takutkan aku. Habis kawan-kawan aku tahu then membahan aku, aduh malu betul.
  4. masa dekat rumah ; kena kacau dengan orang dalam Facebook, dia add aku, aku ingat takda orang nak kacau aku, just approve la, then lepas tu ada bunyi telefon petang semalam. nombornya bukan dalam senarai contact aku, then aku angkatlah. 
        aku ; Hello,  
unknown ; Hello, hai, ni siapa? 
        aku ; huh? ni siapa? 
unknown ; tak kan tak kenal kot? (sambil ketawa) 
        aku ; tak, tak kenal siapa ni? 
unknown ; ni Nabilah kan? 
       aku ; haah ye saya, ni siapa? 
unknown ; hehe tak kenal ke? tak kan tak kenal.  
off phone. 

1 message received ; unknown number
cuba tengok dekat FB 
1 message received ; unknown number
W***d

aku pun jadi pelik, so aku pun tengok la Fb aku balik, tengok dia siapa. mutual friend? aku kenal. dia aku memang tak kenal terus aku "unfriend"kan dia dari Fb, aku baru tahu yang dekat info Fb ada option untuk "hide" contact information. selepas tuh baru aku terfikir asal lah aku tak secure information tentang diri aku dari dulu, dah terkena baru nak buat. **SIGH.


     5. masa dekat rumah ; pagi tadi, masa tengah sedap-sedap tidur, aku dapat satu panggilan nombornya
         tetap sama dengan nombor yang kacau aku semalam. tapi dalam tak sedar aku terangkat panggilan tuh,

unknown ; kenal tak?
  aku       ; terus off kan phone. tidur balik. HAHA

p/s ; aku takut sebenarnya, dan aku tak suka dikacau macam ini lagi. SERIOUSLY.

0 comments: