BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 23, 2009

apa pendapat korang? kalau ada di antara adik beradik korang yang sudah mendirikan rumah tangga tapi masih belum bisa mendapatkan zuriat ataupun cahaya mata?hurm sudah tentunya ahli keluarga yang lain akan bertanya bukan? dan itu adalah soalan yang sudah semestinya akan disoal oleh sesiapa yang mengenali dirinya dan pasangan tersebut,pastinya pasangan itu akan menjawab "mungkin belum tiba masa?", atau mungkin ini jawapan ini "hurm,, da cuba dah,tapi entahlah,ambil masa lagi kot", hurm kasihan pada pasangan tersebut,dimata kita sudah tehtulah ada sesetengah pasangan yang senyum tidak kisah,tetapi bagi pasangan yang lain bagaimana? apa kita tahukah apa yang mereka cuba simpulkan dan mungkin mereka hanya berpura-pura untuk tidak tunjukkan perasaan sebenar mereka bukan? siapa yang tahu melainkan Tuhan. Oleh sebab demikian,ada sesetengah pasangan yang membuat keputusan untuk mengambil anak angkat,sebagai pengubat hati yang luka,sebagai penyeri hidup mereka yang dilanda dengan pertanyaan-prtanyaan tersebut, tapi ada sesetengah pasangan yang mengambil anak angkat tanpa persetujuan ahli keluarga, ada pula yang bertanya tetapi bila bertanya tentang hal anak angkat, ada halangannya pula, sudah tentulah pasangan tersebut risau bila memikirkan apa akan dilakukan oleh ahli keluarga mereka, tetapi ada pula sesetengah ahli keluarga yang tidak kisah akan kehadiran orang baru dalam keluarga mereka biarpun orang baru, hurm berbagai-bagai pemikran yang bakal dikeluarkan oleh setiap keluarga mahupun pasangan-pasangan yang mengalami masalah sebegini, mugkin ada yang memahami kehendak pasangan tersebut ada juga yang tidak memahami malah menentang habis-habisan dengan kemahuan pasangan tersebut. Mahu tidaknya mereka dihalang kerana bagi sesetengah pihak berfikiran tentang apa yang akan terjadi pada masa hadapan,ada kemungkinan orang baru itu dapat dibentuk dengan baik ada juga yang pada masa kecil baik teapi bila sudah besar terlupa daratan, bak kata orang tua-tua, seperti kacang lupakan kulit.Ada sesetengah pula yang berkata " tengoklah apa yang sudah ada didepan mata,yang dijaga ,yang dibelai, yang ditatang sejak kecil, bila sudah besar tidak mengenang jasa orang yang membelanya dahulu.".Aduh, bermacam-macam kritikan yang dilemparkan, mungkin sestengah tidak sengaja mengkritik, tetapi untuk nasihat sahaja sebabnya tidak mahu pasangan tersebut menyesal dikemudian hari,iyalahkan pasangan tersebut bakal menjaga seorang anak yang bakal mempengaruhi sikap penjaganya, bukan senang hendak menguruskan anak sendiri, inikan anak yang bukan dari darah daging sendiri, hurm.. entahlah susah juga untuk kita membuat penilaian tentang kehidupan, inikan pula kehidupan bagi mereka yang sudah mendirikan rumah tangga,segala macam dugaan perlu ditempuhi suka tidak suka,gembira atau sedih,sihat atau sakit hanya diri sendiri yang merasa dan bukan orang lain kerana yang mengalami semua ini hanyalah kita sendiri, jadi fikirlah semasak-masaknya, aku juga perlu mengingatkan diri sendiri agar tidak merana diri.

sekian sahaja persoalan dari aku: NAJAT.

0 comments: