BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, November 12, 2010

keputusanku



semalam Shark dan Fariz teman sekolejku menghantar pesanan ringkas bertanyakan keputusan peperiksaan yang telah berlaku sebelum minggu cuti belajar. aku pula membalas pesanan terbabit, jawabku tidak tahu bahawa minggu ini adalah minggu keluarnya keputusan peperiksaan, setelah itu aku dengan segera melayari internet untuk memeriksa keputusanku. tapi keadaan masa itu tidak mengizinka, iyalah mana tidaknya broadband celcom aku linenya tidak memenuhi kelajuan penghantaran data, jadi kerja pun terbengkalai. namun tak ku putus asa, aku biarkan kelajuannya maju dahulu. setengah jam kemudian aku lihat line aku sudah mula laju. mukasurat keputusanku muncul di skrin komputer riba. kemudian aku tersenyum, tersengih, lalu menjerit memanggil emak. "Emak! adik nak peluk mak! mak keputusan adik da meningkat!" jawab emak," Alhamdulillah baguslah, sem depan capai lagi" lalu aku terus tersenyum adikku pula memelukku tanda gembira melihat peningkatanku. :)mahu tidaknya, semester ini matapelajaranku teramatlah susah tapi alhamdulillah atas usaha aku serta rakan-rakan yang membantu aku berjaya mencapainya.

kemudian, aku menghantar pesanan ringkas kepada dia,aku nyatakan keputusanku, dia turut gembira dan mengucap tahniah. hatiku girang bila menerima balasan pesanan ringkasnya.terima kasih awak.

p/s: pada rakan kolej,thanks wey, aku berjaya buat atas sebab korangnye tolong!!

0 comments: