BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, May 6, 2010

inilah aku

siapa diriku da xpenting lagi, aku tahu, aku yakin ia tak seperti dulu, terkadang kita merasa, terkadang kita terluka dan dilukai, terkadang kita tak mampu, kita takut,risau ia akan berulang kembali, aku tahu, marahmu,resahmu, takutmu, sedihmu,perasaan tidak sukamu walaupun engkau sembunyikan,ianya tetap aku rasai, sedikit demi sedikit, hari demi hari,waktu silih berganti, perihalmu terkadang jadi perihalku,setiap cerita,setiap suka duka kita, dikongsi bersama, ya mungkin, itu aku tahu, aku mengerti setiap gerak geri,biarpun terkadang itu aku terlebih perasaan,terlebih emosi, aku tahu engkau tidak selalunya suka dengan tiap kata-kata, aku tahu engkau mulai rimas biarpun engkau cuba memahami dan cuba bertindak agar aku tidak mula tersinggung dan tidak mahu mulai sebarang kekeliruan yang bisa merosakkan keadaan,jadi aku simpan, aku diam,aku jaga, aku kembali ceria seperti yang engkau mahu, aku cuba untuk berkata, aku memohon maaf seikhlas hatiku ketika itu, aku sendiri sedang bermain dengan perasaan sebenar,tapi aku cuba sedaya upaya untuk tidak lagi mengeruhkan keadaan, aku mulai ketawa, tersenyum sendirian.
sampai disuatu saat, aku kembali bertanya,mulai fikir,kerana hatiku seakan-akan dilanda gelisah.maafkan aku, aku cuba, tapi tiap kali itulah berlaku kepincangan antara kita, aku tahu tidak semua tindak tandukku engkau suka, sikapku yang terlalu memikirkan benda yang sukar engkau terima,mungkin bukan sukar tapi engkau takut,takut ianya melarat, tapi setiap kali sesuatu yang manis berlaku antara kita, bila dibuai perasaan, semuanya engkau mengiyakan, tapi hanya dialam fantasi, mainan minda sahaja,yang realitinya tidak mungkin ianya terjadi. dan aku tahu permintaan adalah sesuatu yang perlu difikirkan sedalam-dalamnya. tapi itulah yang terjadinya perjanjian yang direka untuk kepuasan hati, tak selalunya ditepati, maaflah kiranya benar,tapi aku tak mahu membuat apa-apa permintaan kerana aku tak mahu diriku dibuai angan-angan lagi, kita jauh,kita tak selalu dapat tunaikan impian, aku tak kisah, aku hanya percaya pada engkau,biarpun terkadang itu aku tidak percaya, suka menimbulkan gangguan,menaikkan api kemarahanmu, maafkanlah aku, bila aku berada disampingmu,perasaan lain datang hingga bersikap keanak-anakkan,merengek,merungut akan sesuatu yang tak penting, aku memohon maaf,aku hanya ada engkau untuk berkongsi cerita, sedihku, riangku, inginku kongsi bersama, tak kira dimana saja,tak kira bila waktunya,aku tak pernah hiraukannya, kerna ingin aku ada disampingmu, malangnya aku bukan sesiapa,aku memang selalu menaikkan marahmu, sedangkan engkau tak pernah berkata sebegitu,aku terlalu pesimis, berfikir tentang sesuatu yang tidak-tidak, aku tak tahu, aku terlampau memikirkan hati sendiri lansung tidak peduli akan hatimu, aku sedar itu, kerna itu selalunya terjadi,tiap kali itulah terjadi perselisihan faham antara kita. bukan aku tak sayangkan engkau, demi tuhan aku benar-benar sayang, kasih rindu, tapi aku hanya seorang gadis yang pesimis,gadis yang tamak,gadis yang selalu menggangu ruang rehatmu,gadis yang ingin memahami keadaanmubiarpun bukan setiap masa, aku tahu engkau dah terlalu bersabar, selalu mengalah,selalu ingin memberikan yang terbaik untuk diriku,selalu sayang, kasih rindu pada aku hanya gadis yang tak pernah rasa puas dengan apa yang aku inginkan. aku tahu ikhlasmu bagaimana, aku dapat merasa, biarpun engkau menafikannya.

maaf atas segala kesulitan yang berlaku,aku amat berterima kasih. aku bersyukur kerna engkau masih mahu berada disisi gadis ini biarpun aku tahu hatimu sering kali dilukai,sering disakiti olehku. maaflah, hanya ini yang aku mampu. mohin ampun atas segalanya, hanya dirimu yang aku punyai. aku tak sanggup melihat engkau pergi. tapi kiranya takdir mahu memisahkan kita, aku doakan kebahagiaanmu dunia dan akhirat kerna engkau insan yang baik yang selalu bersabar,cekal hadapi rintangan.


"lelaki yang baik akan dapat perempuan yang baik."

0 comments: