BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, January 15, 2010

SAJE NAK KONGSI CERITA TENTANG APE YANG AKU TENGOKK

pagi semalam sebelum aku gerak pergi unisel, aku ade tengok satu rancangan ni dekat TV3, "APE-APE AJE" haha. ade satu kes tentang hubungan pasangan yang semakin hari semakin hambar, jadi kes nie telah dibacakan oleh Shamsul Ghau-ghau dan Kencana Dewi sebagai pengacara lalu meminta pendapat dari seorang Ustaz. Jawapan yang diberikan oleh ustaz tersebut ialah perempuan adalah seseorang yang amat memerlukan belaian, perasaan yang ingin disayangi, dicintai dan mencintai ditambah dengan puji-pujian dari orang yang mereka sayang, manakala bagi golongan lelaki pula, mereka juga perlu diberi perhatian dan juga puji-pujian tentang kebolehan dan kejayaan mereka.oleh itu, bagi pasangan yang sudah mempunyai hubungan yang halal seharusnya perlu tahu, bahawa nafkah sebenar-benarnya ada 3 jenis iaitu
  1. nafkah zahir
  2. nafkah batin
  3. nafkah jiwa - belaian, perhatian, kasih sayang, sentuhan.

0 comments: