BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 30, 2009

meet his MOTHER!!!

last nite cadangnye nak keluarkan duit dari ATM's machine, pergi dengan kereta Proton,bersama abang dan kakak iparku

abang: Faizal
kakak ipar: Irni Marlina

selepas keluarkan duit diaorang bawa aku jalan-jalan di bandar Ipoh, kemudian kakak iparku mengeluarkan satu cadangan yang dipersetujui oleh abang aku,

" jom kita jalan pergi rumah Najib, adik mesti nak tau kan?"

jadinya, aku pun bersetuju, kitaorang pun cuba cari alamat yang pernah Najib berikan padaku,
cari punya cari akhirnya jumpa, kemudiannya aku menelefon si dia, tapi tidak dapat mujurlah aku masih simpan mesej yang pernah dia hantar melalui nombor telefon bimbit ibunya,lalu aku pun telefon dan beritahu dia bahawa aku ada didepan rumahnya. dia terkejut setelah aku beritahu, hahaha(ketawa dalam hati)

lalu dia turun dan berjumpa aku bersama ibunya, aduhai malu betol aku dibuatnya, lalu satu perbualan dalam masa 1jam pon bermula. hahah,

macam-macam yang dicerita antara abang dan kakak iparku bersama ibu si dia, nasihat?
mestilah ada,untuk aku dan dia saling mengingati nasihat-nasihat orang tua,

aku dan dia hanya diam sambil senyum.

0 comments: