BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, September 29, 2009

keliru dengan keadaan sekeliling, hatiku pula gundah dengan apa yang telah aku sendiri pilih. Malahan sekarang ini timbul pula perasaan malas,malas,malas untuk menyiapkan tugasan kolej.Aku tak tahu mengapa ianya timbul pada keadaan sekarang ini,waktu yang mana aku perlu melaksanakan keseluruhan kerja-kerja ku ini, mana tidaknya, aku perlu menghantar tugasan-tugasan ku pada minggu ini juga kalau tidak sudah pasti markah untuk kerja kursus aku berkurang. Kadang-kala teringat pula suasana menyambut hari lebaran baru-baru ini bersama ahli keluarga, biasalah sanak saudara pulang dari kota ke desa tercintalah katakan.(ketawa)

biarpun begitu aku sebagai seorang pelajar,tidak sepatutnya aku leka, aku mesti menyiapkan tugasan ku, tidak perlu banyak alasan lagi. Tapi disamping itu juga hati aku ini memberontak untuk disayangi dan dirindui oleh seseorang, meskipun aku memberontak aku seharusnya berfikir sebelum-sebelum ini aku masih bisa fokus dengan pekerjaan ku bagi menyiapkan tugasan kolej,tapi sekarang perhatian ku terhadap peljaran makin menurun sedikit demi sedikit dan itu adalah seseuatu yang telah dipastikan oleh mereka yang hampir denganku. Oh,Tuhan bagaimana perlu aku tempuhi,segalanya perit untuk aku tempuhi manakan tidak tugasan makin hari semakin susah, perasaan sayang padanya juga membuat ku tak tentu arah, jadi bagaimana?

sayang maafkan aku, kiranya engkau terasa dengan kata-kataku, tapi hakikatnya kita perlu mula dengan sesuatau yang baru, dimana aku perlu kurangkan aktiviti bersamamu,kurangkan masa untu menghubungi antara satu sama lain,kerana perhatian ku perlu lebih terhadap pelajaran tapi janganlah engkau khuatir kerana aku tetap merindui dan mengingati dirimu selalu. Aku berharap agar engkau memahami luahan hati ku ini.

p/s: pada mereka-mereka yang paling hampir dengan ku janganlah kau orang menyindir ku dengan apa yang telah ku coretkan disini.sekian

0 comments: